14.8.17

Bengkel di Le Grandeur Palm Resort Johor [6-8 April 2017]

Cerita dah lama kan hehe.
Pasrah la, tapi nak buat jugak entry pasal sayang kalau dibiarkan dan rugi je gambar-gambar kenangan yang aku amik masa bengkel haritu kat sini.

Lagipun boleh la buat rujukan sesiapa yang nak ke Le Grandeur Palm Resort Senai Johor ni [KLIK]. Aku pun first time ke sini, alhamdulillah rezeki kan. Semua yang pergi dapat bilik Deluxe Single so dapatla bawak family ke sini..Tapi aku tak dapat bawak Zarif sebab tak silap aku dia ada bengkel ke ataupun latihan sukan. Takpelah lain kali kalau ada rezeki kita boleh ke sini lagi la yea, cuma akan datang tu kena bayar sendiri la hehe. Yang pergi ni free jer.

Layan gambar je la kan, memang tu yang orang nak nengok kan..

Salah tulis nama U tu bukan UITM tapi UTHM 

Masa baru sampai bukan main excited lagi diaorang
Aku pun excited gak cuma tak tunjuk je, maklumlah datang kerja kan..

 Katil besar memang muat la untuk 4 orang
Nasib aku kurus tau kahkah..






 Tempat mandi asing ehh, best kan..

Ada bath tub lagi
Kesian budak tu jakun hehe..

 Aku bengkel full dari siang sampai malam
Sampai ke tengah malam gitu, tapi aku ni bukan la penting sangat buat ada-ada jer hehe
Bila ngantuk aku terus naik bilik huhu


Hari baru sampai tu aku masak dari rumah so takyah nak keluar bilik. Bila aku ke bengkel so diaorang duduk je la bilik rehat-rehat dan nengok tv sambil makan-makan. Puas hati dapat masak sendiri dan diaorang boleh makan puas-puas. 

Leceh kot nak keluar pergi kedai. Kitaorang punya bilik tingkat 3 nak jalan dari bilik ke lif punyalah jauh, lepas tu nak turun lagi pergi parking nak cari kedai lagi haihh leceh kan..Tapi first day je lah boleh camtu, hari kedua dan hari ketiga memang kena keluar cari makan jugak, kalau fikir leceh tak makan ler korang huhu..
 Ni view dari balkoni bilik aku, tenang je rasa..
Nasib baik view tak mengadap pool kalau tak lagi menggelupur si Yaya tu haha..

 Ha berendam la..

Pool ni aku yang punya - gitu konsepnya haha


Time diaorang mandi manda ni aku tengah berbengkel la
Abahnya la tukang layan hehe
Nasib baik time pergi ni bukan cuti sekolah so memang tak ramai orang dan free la..

 Untuk peserta bengkel of course kitaorang ada disediakan makan minum
Memang makan semua sedap-sedap la
Puas hati..

Yumss...

 Ni kalau tak silap hari kedua berbengkel
Petang tu habis awal so aku tak makan kat hotel, aku ajak budak-budak makan luar
Kesian la kan aku makan sedap-sedap diaorang makan bungkus jer
so aku ajak la mrhubby dan anak-anak makan luar...

 Bilik 333

 Layan kejap view senja tu
Resort ni terletak dekat dengan Senai Airport dan memang laluan kapal terbang


 Cantik kan..
Memang puas hati ke sini, bila ada kat dalam ni aku terlupa yang aku kat Johor jer

 Sebelum start bengkel malam kedua tu aku ajak diaorang jalan-jalan di sekitar resort

 Nampak beca ni amik la gambar jugak..
Menarik kan..

 Hari ketiga dan hari akhir..
Gambar last kat bilik

 Sebenarnya dari malam kedua tu aku nak bergambar kat library ni tapi diaorang takut
Ye la kan malam, kang tetiba ternampak apa-apa yang tak patut huhu
So aku ajak lagi bergambar kat sini sebelum balik


 Ni ha ada kolam kanak-kanak bahagian lain pulak, memang besar resort ni
Sebelum balik kitaorang jalan-jalan la dulu ke kawasan ni semua

 Tenang je kan dengan rimbunan pokok-pokok yang menghijau
Nyaman

 Kalau ada abang Zarif lagi seronok kan

 Last but not least
Kenangan bengkel yang seronok
Ada yang kat gambar ni dah berpindah ke tempat lain termasuk la exbos aku, huhu..


Terima kasih untuk kenangan yang menyeronokkan, walaupun datang untuk kerja tapi tak stress pun. Kita positif dan enjoy saja.

Akan datang mungkin aku akan pertimbangkan untuk ke sini lagi, saja-saja untuk tenangkan diri hehe. Nanti-nantila bila ada rezeki lebih.

Akhirnya berjaya sudahkan entry ini. 
Nantikanla entry raya aku haha.

Thanks sudi baca.
Bye...





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...