31.10.13

Bekal air masak & gula pasir 2kg

Ok terima kasih atas keprihatinan dan doa semua untuk baby Aisyah. Baru balik dari klinik dan alhamdulillah ok. Dr cuma bagi ubat demam saja dan by the time doktor check suhu dia tadi dah 37.4. Aku hantar dia semula ke taska (terpaksa sebab kena kerja), tapi sebelum hantar tadi sempat bf jugak, puas hati tapi lebih puas kalau dapat jaga dia kan..Sungguh aku jeles pada ibu-ibu yang tak kerja dan dapat jaga anak-anak sepenuh masa kat rumah..

Ok tukar topik.

Pagi tadi sempat amik gambar ni sebelum masing-masing keluar rumah;


Cer teka botol paling besar sapa punya?? Takkk, bukan mrhubby punya tapi yang botol herbalife tu Zarif punya ok, dia kata bawak botol kecik tak cukup so aku bagilah botol herbalife ni tapi dia tak makan la herbalife..Yang makan herbalife tu mrhubby..:) Cikgu Zarif pun ingat dia makan herbalife hehe..Walaupun berbadan besar tapi kadar metabolisme dia cukup tinggi. Cuba offer dia senam or cycling ke atau main bola, confirm la takkan ditolak....


Gula ni bukan aku yang punya..Kitaorang biasa beli gula 1kg je tapi ni untuk Zarif bawak ke sekolah. Sekolah mintak sumbangan gula pasir untuk Hari Keusahawanan pada 9 November nanti. Sebenarnya mintak 1kg jer tapi bila kitaorang cari semalam yang paket 1kg habis terus yang tinggal 2kg je, so amik jelah dan beli...

Zarif pulak skema, "Cikgu kita kata 1kg laa, bukan 2kg.." Eh ni kira ibu murah hati nak bagi 2kg kat sekolah tau..Semalam aku nengok harga 2kg ni = 5.68, murah ke mahal ek???

 


Aisyah demam pulak

Kelmarin aku demam, pagi ni baby Aisyah pulak yang demam..Patutlah malam tadi tido awal lepas tu mulut pun senyap je, senyum pun kurang..Tersedar awal dalam pukul 4.30 pagi badan dia memang panas...hisshh tak tenteram rasa. Terus amik tuala dan basahkan kemudian buat teknik sponging...Mujur jugak ada backup cool fever untuk baby..

Awal 4.30 pagi, dia merengek sikit-sikit je..

Aku kalau bab demam panas ni memang seriau sikit la sebab masih teringat-ingat kisah Zara dulu. Senang kata masih trauma la..Rasanya mak dan adik aku Yana pun trauma jugak kot sebab kes Zara yang demam panas sangat sampai kena naik ambulan semua..(trauma..trauma...)

So awal pagi tadi aku cuba control takmo panik (ikut pesan dan arahan dr masa dia kendalikan kes Zara dulu). Dia ajar teknik sponging bila anak demam panas..So aku ikut je dan lap-lap seluruh badan dia nak bagi cool. Nak check suhu baby, termometer pulak rosak (Nanti nak kena ganti bateri)..

 Pukul 6.30 pagi

Masih suam-suam badan dia..Terpaksa hantar jugak ke taska, tapi tadi dah mintak kebenaran bos nak ke klinik pukul 9.30 nanti..Aku kalau baby atau anak-anak demam teruk memang aku terus bawak ke klinik pakar kanak-kanak sebab pakar lebih memahami. Kalau demam biasa-biasa je bolehlah pergi klinik panel..Takpelah berhabis sikit janji anak sihat semula..

Karang aku dok tunggu sampai petang lepas tu badan dia makin panas je lagi susah kan, dahlah dia baby lagi..Sekarang ni kan musim sakit, anak bos aku dah kena warded kelmarin sebab demam panas disebabkan jangkitan virus (sama cam Zara dulu)..

Aku taknak Aisyah kena warded so kena cegah dulu lagi baik kan...Doakan Aisyah cepat sihat ok, tq.










30.10.13

Semakin riuh

Layanlah video dari Zahia Aisyah ni...Riuh dah sekarang ni..


Test tali pinggang biru pulak

Hari Ahad 20 Oktober Zarif ada test taekwando untuk naik ke tali pinggang biru. So selalunya mrhubby dan Zara je teman tapi kali ni semua pun pergi termasuklah aku dan baby Aisyah.

Zarif yang asik taknak-taknak pegi taekwando ni lama-lama lali kot. Dah banyak kali dia cakap kat aku yang dia takmo taekwando tapi mrhubby nak jugak dia sampai ke black belt. Ala macam aku pernah cakap sebelum ni kelas taekwando ni seminggu sekali je, setiap hari Ahad itupun sejam setengah..Harap Zarif terus kuat dan tabah, hehe..

Nengok orang lain semua pakai belt kat pinggang tapi Zarif punya belt boleh pakai kat bawah pulak..Bila aku tanya, "Zarif, kenapa Zarif pakai belt ke bawah, naikkan la sikit macam kawan-kawan yang lain pakai, diaorang semua pakai kat pinggang tau.."

Zarif jawab, "Kita pakai kat pinggang la ni, pinggang kita kat bawah ni, pinggang diaorang kat atas.." See..ada je jawapannya, sabar je laa...







Aku dedahkan Zarif dengan taekwando ni sebab nak bagi dia bersosial dan berani..Dulu masa sekolah aku pun nak masuk taekwando tapi belum sampai ke dewan lagi dengar macam ramai orang je terus aku blah, padahal sebelum tu niat berkobar gila nak ada taekwando..So kira Zarif sampaikan hajat aku la sekarang..:)

All the best ya anak ibu, moga doa abah termakbul sampai Zarif dapat belt hitam...





29.10.13

Anak-anak Zarif - Bdaman

Wah lambat sangat update hari ni sebab aku tak sihat. MC hari ni, tapi pagi tadi masuk ofis jap sorting surat mana yang patut. Lepas tu terus pergi klinik, entah kenapa semalam tetiba badan seram sejuk, lepas tu sakit sendi, tekak pun sakit, pening kepala..

Balik kerja semalam memang flat terus la, tak boleh buat pe, nak makan pun tak lalu sangat. Sekali tu malam tadi si Zahia Aisyah pulak bangun banyak kali agaknya tak puas nak menyusu kot sebab aku kurang minum n makan, stress gak la..Bangun pagi ni masih pening.

So tadi dah g klinik dah dapat ubat sepatutnya dah makan semua, dah tido dan dah bangun balik, update blog jap la..Oh ye kata dr kalau still tak baik kena check darah yelah kan aku ni makan macam-macam so nak kena nengok la kot-kot kolestrol dah meningkat ke apa ke..So ingat next wk je kot macam nak check darah, huhu..

So sebab takmo stress dan pening kepala meh aku bagi entri pun ringkas je, dipersembahkan anak-anak Zarif, hehe...


Korang nengok Bdaman yang dia kumpul ni dah 9 ekor ok..2 ekor lagi dah selamat adiknya si Zara bagi kat kawan sekolah dia. Mengamuk jugak la Zarif bila tau Bdaman kesayangan dia ni dah ke tangan orang lain, huhu..

Zara memang selalu jadik mangsa Zarif main benda alah ni..Aku cakap kat diaorang nak main boleh tapi tolong simpan balik benda alah ni termasuklah guli-guli nya ke tempatnya semula, kalau aku terpijak gulinya tu mau aku buang terus Bdaman ni semua.. Yelah aku pun risau la bila si Aisyah dah mula merangkak ke atau dah pandai kutip-kutip benda kang terambik guli-guli yang bersepah camana??

Anak-anak korang main Bdaman tak??

28.10.13

36 tahun sudah...

Entri lain nanti dulu k, entri ni terpaksa up dulu sebab ni yang paling utama..:)

Selamat Hari Lahir untuk mrhubby kita yang tersayang Cikgu Shahrul..Hari ni hari lahir dia yang ke 36 tahun. 4 tahun lagi kalau panjang umur nak jejak 40 tahun ok. So masa yang ada ni sama-samalah kita muhasabah diri untuk jadi manusia yang lebih baik dan hamba yang lebih mentaati perintah Tuhan.

Kalau selama ni saya dok cakap Remy Ishak tu hensem, hensem tapi hakikatnya awak lebih hensem ok..Awak kena tau saya ni cakap je cam tu tapi hati tak maksudkan pun..:) Jangan marah ok.

You're still the best in my heart!! (Kena cakap English supaya tak terasa sangat jiwangnya, hehe)

Ok birthday mrhubby tapi tuan blog pun nak interframe ok..

Disebabkan hari ni hari kerja so takde la plan apa sangat. Mungkin ada la makan-makan sikit petang nanti, biasalah kita dah dewasa ni takde apa sangat pun tapi lebih nak gembirakan anak-anak je..

Moga panjang umur, sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik & diberikan kebahagiaan bersama selamanya....Amin.

 


26.10.13

Bajet 2014 - rasa biasa jer

Apa cerita bajet semalam? Ok tak ok?

Aku bersyukur jelah even ada bonus setengah bulan sekalipun aku macam biasa-biasa jer. Bonus tu dapat sekali jer itu pun awal Januari boleh la buat tambah apa yang patut tapi dah nama pun duit bukannya boleh bertahan lama, kejap pun habisnya.

Dengan bakal dikenakan GST sebanyak 6% (katanya yang paling rendah antara negara ASEAN yea) so kita kena bersedia dengan kenaikan harga barangan (walaupun pengecualian diberikan kepada barangan asas). 

Harga gula naik? Takpelah kat rumah aku ni pun sepeket gula kadang sebulan lebih pun tak abis-abis..Tapi aku peminat kek, so kenalah bersedia dengan kenaikan harga kek, cream puff mahupun pavlova yang menjadi kegemaran aku tu..

Apapun terima jelah segala yang dibentangkan semalam dan sebagai rakyat yang 'seadanya' ni WAJIB dan TERPAKSA ada income kedua untuk meneruskan kelangsungan hidup..Kalau tak, memang merana la hidup, nak jimat kat part mana lagi pun aku tak tau..

 




25.10.13

Moga Tuhan lindungi kita semua...

Terus terang dengan berita yang macam-macam kebelakangan ni buat aku jadik tak senang. Yea aku memang cepat emosi dan terkesan dengan segalanya. Mati itu benar tapi mati dalam keadaan yang begitu kalau boleh memang nak dielakkan tapi siapalah kita sebab semua yang berlaku atas kuasa Tuhan. Dah tertulis begitu ajalnya maka sebagai manusia kita kena redha..

Aku share status dari Saiful Nang;

 

Hari ni nak pergi kerja pun aku rasa semacam, pandang keliling nengok sana sini padahal dalam kawasan tempat kerja sendiri..Hei, tempat kerja sendiri pun dah tak selamat ok..Dahlah aku datang awal pagi sorang-sorang je mau tak rasa semacam je..Sebelum ni aku rileks je takde hal tapi berita-berita yang menakutkan ni buat aku dah jadi sebaliknya pulak. Pesan mrhubby, "Sekarang ni kita kena rasa curiga kat orang.."

 Aku sayang mereka

Meskipun yang ada di keliling aku ni hanyalah pinjamanMu, tapi berilah peluang agar aku dapat menikmatinya dalam keadaan yang baik, bahagia dan tenteram..Jauhkanlah dari segala malapetaka dan perkara-perkara yang tak sepatutnya..Amin.


 


24.10.13

Tekanan Jiwa + Ajaran Sesat?

Belum pun pembunuh  staf bank tu ditangkap (yang kata kena tangkap kat LCCT tu polis kata tak benar), keluar pulak berita lain..

Petikan dari Berita Harian Online;

Kuala Lumpur: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.
Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral.

Berita Harian Online difahamkan, suspek adalah seorang penuntut ajaran sesat dan ketika ditangkap mulutnya membaca sesuatu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, mengesahkan suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan mangsa maut di lokasi kejadian.

"Suspek kemudian larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta Toyota Prius yang dipandu remaja lelaki.

"Suspek kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.
Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.

Terkesan

Aku sebenarnya nak upload cerita tapi takde mood sebab terkesan dengan kisah staf bank yang kena tembak dengan guard keselamatan tu.

Kenapa eh? Mana kewarasan akal fikiran dia tu? Terdesak nak duit kah? Tak boleh pinjam orang ke? Cariklah jalan lain dari membunuh?? Ke dia dengan sengaja memang nak menembak atau tertekan picu??

Elok-elok dah ada kerja, dah ada kehidupan tak pasal-pasal polis tengah cari kau sekarang ni..Tak ingat ke pada Tuhan? Sedih sebab mangsa ada dua orang anak kecik.

Al-fatihah pada keluarga mangsa. Moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.





23.10.13

Masak Stew Daging yang sedap

Sabtu hari tu aku merajinkan diri masak lauk daging korban, terima kasih pada mereka yang sudi memberi..

So belek punya belek resipi aku suka la nak buat STEW DAGING. Sebelum ni pernah buat tapi resipi STEW yang biasa-biasa je. Kali ni carik resipi yang lain sikit laa..Makanya aku tertarik dengan resipi dari blog Kak Raidah ni ----------------------- RESIPI STEW DAGING

Setakat yang aku pernah masak stew, ni la yang paling sedap yang aku pernah makan. Korang patut cuba. Tapi kalau korang ada resipi lain yang lagi sedap boleh bagi aku link dan aku boleh cuba..

Mungkin kelainan pada resipi ni sebab dia menggunakan pes bawang. Pes bawang tu macamana? Ha,ni aku copy paste dari Kak Raidah jugak..

PES BAWANG

Bahan-bahan:
1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya

Cara saya menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
2. Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
3. Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
4. Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak. 

Ok nengoklah camana aku masak yang ala kadar je, maklumlah aku tak pro so masak memang biasa-biasa je janji kenyang..

 
Sebenarnya yang pes bawang tu boleh buat sekali banyak dan simpan dalam fridge terus tapi nak masak hari tu aku memang buat cukup-cukup je untuk masak stew daging ni. Bahan yang simple dan ringkas je kan..Oh yea kat daging tu aku dah letak blackpepper secukupnya sebelum digoreng dulu..

Tadaa..dah siap
Boleh la kannn..janji ada rupa dan kenyang..

Tapi nak masak stew ni memang lama sikit sebab nak mereneh so kitaorang memang lunch lambat la Sabtu lepas, pukul 2 ke 2 lebih baru makan. Mujur mrhubby boleh sabar sebab bukan senang aku nak masak sorang-sorang ni..Lainlah kalau ada maid yang tukang potong bahan-bahan ye tak..Serba serbi aku buat sorang-sorang so memang lembap sikit laa..

Ni je pun lauk lunch aku tapi 2 lebih baru dapat makan kan? 

Satu plastik daging korban aku habis dah, laju je diaorang makan..So tinggal satu plastik lagi daging korban tak tau nak masak apa, nengok la minggu ni kena belek resipi lagi ni..

Stew daging ni bukan je boleh makan dengan nasi tapi dengan roti pun boleh, memang sedap kalau makan panas-panas..

Sekian..





22.10.13

Dobi CleanPro Batu Pahat

Sebelum ni memang tak pernah masuk dobi ni. Tapi ini kes dua minggu lepas, tido umah mak abah sekali tu takde air la pulak. Nak basuh baju sekolah agama Zarif sebab baju dah tak cukup..So kita pergi jelah dobi ni senang cerita..(Aku tak pergi pun dobi ni kecuali mrhubby dan anak-anak).


Mrhubby kata dia pun pening masa mula-mula, nak basuhnya 3 helai je (baju, seluar dan samping) tapi masuk dalam mesin 14kg, hehe..Tulah datang masuk dobi macam gitu je takmo tanya orang..Gamaknya ada mesin basuh yang kapasiti 9kg jugak, itu ler yang paling rendah kg nya..So memang rugi la basuh 3 helai je, lantak laa, janji basuh.

Aku nak terangkan pun tak reti sebab memang tak pernah guna pun..Oh ye dobi ni kira LAYAN DIRI tau, ibarat macam kat rumah sendiri la cuma mesin basuh kat rumah ada satu dan kecik je tapi yang ni ada banyak dan gedabak-gedabak gitu.

Tunggu dik, jangan tak tunggu..

Kalau nak tau maklumat lanjut korang google je carilah CLEANPRO EXPRESS ke ok..Kalau kat Batu Pahat ni aku tau ada dua je (setakat yang aku pernah nampak la). Pertamanya kat depan Sekolah Convent dan keduanya kat Taman Bukit Pasir deret-deret dengan Save n Save..

Sekian...


Beli mainan Zahia Aisyah

Kalau ikutkan dah malas nak beli mainan-mainan ni, maklumlah anak-anak makin besar. Tapi bila ada baby kecik ni nak taknak kenalah beli mainan sikit, kesian Aisyah..

Sabtu lepas bergeraklah ke mall nak carik something untuk Aisyah cinonet ni..

 Sebelum mainan, ibu belikan headband baru dulu untuk Aisyah, murah je pun..

Ibu, belikan kita hammer je, hehe??

Taklah sayang...
Nampak macam meriah tapi murah je tau..:)

Yelah Aisyah dah makin besar, so nak merangsang otak dia kenalah belikan mainan yang colorful dan ada bunyi-bunyian..Mainan yang aku beli ni murah saja, ada banyak jenis pilihan mainan yang berjenama tapi sekarang ni dah malas nak fikir sangat pasal jenama, semua kena ikut bajet dan kemampuan diri..Yang penting anak happy.

 Balik dari mall, dua orang budak pompuan ni tertido dalam kereta
Sleeping Beauty gitu..:)



 




21.10.13

Semoga anak-anak ibu tenang menjawab peperiksaan

Hari ni bermula peperiksaan akhir tahun Zarif (sekolah agama) dan Zara (tadika PASTI). Anak nak periksa ibu pulak yang gelabah. Yelah nengokkan gaya diaorang belajar tak macam kita dulu-dulu belajar, macam lah aku belajar sangat kan, hehe...

Ni gambar semalam;

 Ni dalam pukul 3 gitu cuaca ala-ala redup dingin, so kitab pun ntah ke mana ek Zarif..
Taulah cara budak laki belajar tapi aku pun belajar dan bersoal jawab dengan dia jugak..


Zara dah macam nak amik SPM dengan buku penuh atas katil :)
Dia ni rajin sikit dari si abang, perempuan kan..Ke hulu hilir dok baca buku tanpa henti..


Ibu dan abah doakan yang terbaik dan moga kamu berdua terang hati serta tenang untuk menjawab soalan yea..



Beriadah dengan anak-anak...

Hai...

Oklah ni aktiviti masa hujung minggu sebelum raya haji haritu. Kebetulan adik aku balik kampung so bawaklah anak dia sekali berjalan ke Dataran Penggaram Batu Pahat main bubbles. Dan cuaca masa tu pulak memang ok je..Oh yea Zahia Aisyah pun ikut sekali la...:)

 Bersungguh nak tiup belon ok

 Sementara aku sibuk nak amik gambar, mrhubby tolong jaga baby ok

 Ibu pun nak ada gambar jugak, ler Aisyah takmo nengok kamera pulak

 Ok sebab ni kita tuan blog, jadik letak gambar lagi ler, hehe

 Dengan abah pulak

 Amboi abang Zarif, bukan main lagi yea

 Go go girls

 Ok dah..dah..jom kita balik...

Sesekali bawak anak-anak keluar beriadah memang syok sangat tau, rasa segar jer, haha..Padahal yang keluar peluh anak-anak je, ibu dan abah control takmo berpeluh..:)









18.10.13

Aisyah grooming?

Hehehe, ingat grooming apa je kan..Takdelah, malam tadi budak kecik ni takmo tido lagi..Semua orang dah ngantuk-ngantuk so sebab dia takmo tido, ibu pun kena la layan dia.

Teringat ada sepit rambut Zara yang lama-lama punya..Jadik jomlah kita grooming jap. Konon nak sepit rambut taknak bagi rambut tu pacak sangat, tapi tetap jugak rambut tu nak berdiri tegak gitu..

 Wow, cunlah adik....

 Nengok sepit adik tu, hehe

 Eihh sukanya dia walaupun rambut terpacak-pacak

Pasrah...Dah ke ibu amik gambar? Penatlaaa...

Fridge magnet | Monstagram

Eh geram pulak aku, nak transfer gambar ada masalah pulak. Dari semalam nak transfer tapi tak boleh-boleh sampai hari ni...Patutnya nak publish entry lain tapi sebab gambar takde so kita publish entry lain dulu yea..

Ni namanya fridge magnet. Sebab aku ada akaun Instagram so aku nak print antara gambar-gambar yang aku suka jadik fridge magnet.

Korang boleh check website MONSTAGRAM


Saiznya takdelah besar sangat, comel je..

2 keping aku dah letak kat fridge rumah mak aku..


Korang pun boleh buat kalau nak, tapi dengan syarat mesti ada akaun Instagram la..Pegilah check website diaorang ok - MONSTAGRAM





16.10.13

Cerita Hari Raya Haji kita...

Assalamualaikum semua..

Ada yang bercuti lagi hari ni ke? Mesti ada kan, bos-bos aku pun ada yang cuti hari ni..Yelah mesti diaorang penat melapah lembu semalam kan...

Aku mestilah dah naik kerja..Isnin dah cuti ada hati nak cuti lagi hari ni kan, memang tak ler..Cukup-cukuplah cuti sebab kalau lama lagi cuti confirm aku lupa tarikh (aku memang ada masalah sikit asal cuti je confirm aku lupa tarikh, teruk kan...)

Dahlah layan gambar dulu, aku share gambar semalam. Gambar hujung minggu nanti dulu k, esok lusa baru aku share..Ni kita amik aura raya haji dulu..

Ayam Masak Merah, Dalca & Nasi Serai


Mak dan aku masak simple je memandangkan lepas solat dan makan semalam mak, abah dan adik aku terus balik KL (teruskan rawatan perubatan untuk abah). Abah aku takut jam kat highway sebab tu dia nak balik awal, sedih ok raya aku kali ni tak macam raya sebelum ni..Tapi syukur sebab dapat jugak sambut dengan diaorang walaupun seketika cuma.


Mak bergambar dengan cucu-cucunya sebelum balik KL...Tq mak sebab sudi jagakan Zara masa dia sakit hari tu sampai dia dah sihat sekarang, alhamdulillah.

Abah aku kata Aisyah macam budak Mongolia, hehe...


Lepas mak, abah dan adik bertolak balik, diaorang kononnya nak nengok lembu yang nak dikorbankan..Excited tu maklumlah setiap tahun pun rutinnya gitu, kalau ada rezeki dapatlah bergambar dengan lembu..Anak-anak aku ni memang tak takut, aku je yang takut nak nengok...Zara yang paling excited ok..

Tapi bila diaorang pergi rupanya orang dah settle korban lembu dan masing-masing tengah sibuk dok melapah je..Kesian anak-anak ibu..Takpelah takde rezeki la, Insya Allah tahun depan ok, mana tau ada rezeki kita buat korban pulak..


Lepas Zohor ke rumah kakak ipar pulak..Makan-makan kat rumah diaorang, kata hari raya kan. Dekat dua jam kat rumah kakak then baru lah kitaorang siap-siap nak balik ke rumah sendiri...Aisyah masa kat rumah kakak punyalah baik saja..Takde nangis pun asik senyum je..


Ohhh ni part yang paling tak suka tapi kena buat..Dalam pukul 5 lebih petang baru sampai rumah..Wah korang nengok ni,penat tau nak mengemas, baru anak 3..Rumah mak pun dekat je, cuba bayangkan kalau rumah mak abah aku kat KL ke Kedah ke, entah berapa banyak beg yang aku nak angkut yea??

Alhamdulillah segala urusan sepanjang hujung minggu hinggalah ke hari raya semalam berjalan lancar yang penting dapat bersama-sama dengan keluarga tercinta...:)

 












11.10.13

Masih gambar lama lagi

Amboi boring la pulak di hari ni, ofis pun mula sunyi sepi bila ada kawan-kawan dah mula cuti..Aku start cuti Isnin depan je..Rabu kerja je macam biasa.

So takde apa sangat nak cerita. Kecuali buat kerja ofis cam biasa sambil kemas-kemas meja ofis lepas tu mata tertangkap kat frame ni ha..


Wah ni gambar zaman bila la ek..Gambar kiri tu bukan baby aku sekarang tau, tu gambar Zara Afina anak kedua aku yang nak masuk 5 tahun pun..Aku dok letak lagi gambar dia masa baby..Yang sebelah tu pulak gambar Zarif masa umur 3 tahun, hehehe..

Nak letak gambar baru punyelah malas maklumlah sekarang kan orang main simpan gambar dalam phone atau external hard disk je kan..Malas betul nak print gambar laa..Tapi kena jugak kalau tak sian Aisyah bambam tu takde gambar kan..Nanti ibu letak kat frame yea, kakak Zara punya gambar kena turun pangkat, hehe..

Selamat berhujung minggu dan selamat bercuti..





10.10.13

Bajet 2014 | Korang pilih yang mana satu?


Ni aku amik dari Berita Harian, korang pun boleh undi jugak..So apa kesimpulan korang bila nengok hasil bancian ni??

It's all about money..money...money....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...