29.3.13

Bila rajin sangat



Ni tengahari semalam masak, rajin ko masak paprik ayam lagi tu, tapi simple je pun lauk aku ni.. Tapi bertambah-tambah jugak la makan sekeluarga..:) 



Ni petangnya pulak, buat triffle, entah kenapa dengan cuaca yang panas terik buat diri rasa nak makan yang sejuk-sejuk je..So rajinkanlah diri buat, kalau nak beli mana ada orang jual benda alah ni kan..Lega, lega bila dapat makan, sejuk dan nyaman je kat tekak...:)

Dah KEEK la pulak...

Eh, aku ni asik nak ikut orang je kan..TAPI tak salah, dah nama pun zaman teknologi dan guna hp terkini so kalau tak guna kemudahan yang ada rasa rugi. So now aku nengok semua orang cam kecoh dengan KEEK aku pun nak jugaklah.

Tapi aku takde follower pun. Kira aku KEEK syok sendiri..:) KEEK ni more to video la dan best sebab aku boleh rakam apa saja aksi yang menarik tentang anak-anak...

Kiranya kalau korang dah ada KEEK bolehlah follow aku dan aku akan follow back. Tapi kalau takde nak follow aku pun tak kisah, hehe. By the way rakaman KEEK ni maksimum pun cuma 36s je..Oh ye andaikata la ada yang nak follow nama aku tu - missbby.




28.3.13

Nengok movie Bola Kampung The Movie

Semalam dan hari ni aku amik cuti memang semata untuk anak-anak dan merehatkan diri.

Disebabkan takde plan ke mana makanya kita buatlah plan untuk nengok movie je ek. Ibu pun dah tak larat nak jalan jauh kan. So jomlah kita nengok movie Bola Kampung The Movie saja.


Sebelum nengok movie ni pun aku kena baca sinopsis nya dulu takut tak faham dan aku yang tertido kat wayang. Dan sehari sebelum tu pun aku dah psiko Zara sebab ini adalah pertama kali dia masuk wayang. Takutlah dia bising dan tak reti diam.

Tapi alhamdulillah semalam semuanya pun dalam keadaan baik saja. Yang penting enjoy, nak bagi senyap bagi jelah popcorn kat diaorang, hehe. Dan aku pun boleh nengok movie ni dalam keadaan aman.

So far movie ni memang ok, best dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga..:) Yang belum nengok lagi, pergilah bawak anak-anak, tak rugi pun.

Balik rumah je;

Masing-masing keletihan..:)

Sekian cerita hari semalam ~










27.3.13

2 ke 3 bulan?

Salah seorang kawan aku yang tengah pregnant (tapi kerja di KL) dalam dilema samaada nak cuti bersalin 2 atau 3 bulan dan masih dalam pertimbangan untuk buat keputusan.

Yup terpulang pada masing-masing, even aku sendiri pun masih goyah lagi walaupun haritu dah bagitau bos besar yang aku akan amik cuti bersalin 2 bulan je. Bos besar pun terkejut dan tanya kenapa tak amik 3 bulan? Jawapan aku, "Saya kesian kat bos-bos kalau kena tinggal 3 bulan sebab sorang lagi PA pun akan bersalin selang sebulan dari saya.."

Hmmm, jawapan macam pentingkan kerja dari anak kan? Rasa macam "bodohnya nak amik 2 bulan sebab hak kita dapat cuti 3 bulan.."

Bos besar tanya aku, "Suami tak marah ke amik cuti 2 bulan je?" Hmmm, mrhubby ni ikut je aku, dia memang takde hal. Semua pun atas diri aku sendiri. Cuma aku sendiri rasa 3 bulan adalah tempoh yang terlalu lama. Ada kebaikan cuti panjang tu sebab dapat layan dan bagi perhatian pada anak sepenuhnya terutama dapat breastfeed dengan penuh tenteram dalam tempoh tu.

CUMA...aku sendiri akan cuti bersalin (aku dah kira-kira) kalau 2 bulan je dah sampai tempoh hari raya, dan dalam tempoh aku cuti bersalin tu adalah waktu sekolah, kalau cuti sekolah sedap jugak cuti 3 bulan  kan? Hehe.

Takpelah terpulang pada masing-masing nak buat keputusan. Buat masa sekarang keputusan aku cumalah nak amik cuti selama 2 bulan, tapi akan datang bila tiba masanya tak pasti lagi kot-kot keputusan ni berubah ke..

Lagi satu, manalah tau kot-kot jugak aku nak tambah sorang ke dua anak lagi, kan ke dah rugi aku amik cuti 3 bulan, ehhh rezeki Tuhan nak bagi takkan nak tolak kan, hehehe.


Breastpump - Dah ada pilihan?

Blogger Suliana ada bagi komen tanya breastpump dah beli belum? Ok, memang belum beli lagi tapi akan beli..Survey entah dah berapa kali dah baik kat online termasuklah nengok kat kedai siap belek harga lagi, hehe. Kalau ikutkan sejarah untuk dua anak aku sebelum, memang takde masalah nak breastfeed mereka berdua.

Even aku breastfeed Zarif dan Zara hingga umur diaorang 1 tahun 7 bulan. Lepas tu diaorang yang nak stop dan takmo breastfeed lagi. By the time diaorang takmo breastfeed lagi aku pulak yang sedih-sedih..:( TAPI masa tu aku campur-campur dan tak ekslusif. 

So untuk kelahiran kali ni aku memang berniat nak bagi breasfeed secara ekslusif. Percayalah nak breastfeed ni perlukan kekuatan mental dan sifat positif. Macam aku memang kena bagi breastfeed sebab mak aku sendiri adalah bekas nurse dan bekas kaunselor susu dan pastinya dia galakkan breastfeeding..So aku untung di situ.

Ok back to the topic, ikutkan niat di hati aku nak la beli brand Medela Freestyle Breastpump ni, tapi harganya mak aiiii...Walaupun aku sendiri tau yang aku takde masalah nak produce susu tapi disebabkan harganya yang memang ermmmm.... takpelah kita cari option lain ok..

Tapi siapa yang berkemampuan tu better beli la, lagi pun untuk kebaikan menyusukan anak..:)



Ok..still aku nak brand Medela ni jugak, hehe. Tapi pilih yang di dalam kemampuan la kan..Masih belum beli lagi tapi akan dibeli. 



Ni antara pilihan aku, Medela - Harmony Manual Breastpump. Harga dalam RM200 lebih, kira affordable la kan cuma mungkin letih sikit la tangan tu.




Ataupun Medela Mini Electric Plus Breastpump (double pumping), tangan pun tak letih, hehe.Harga yang ni dalam RM600 lebih. Nengoklah camana nanti..Rambang mata nengok semua breastpump dan aksesori yang ada.

Sebelum bersalin nanti aku akan beli, nengoklah camana nanti. Tapi kalau nak senang memang direct breastfeed je kan, tapi bekalan susu perlulah ada, hehe. So nak tak nak memang kena pump..

Sebenarnya tak kisah brand apa pun yang penting semangat nak breastfeed tu ada..Aku dulu perah manual je tau, takde hal pun, hehe.




Antara persediaan untuk baby

Oklah aku up sikit antara persediaan untuk baby yang bakal lahir lebih kurang 2 bulan lagi;


1 - Botol susu jenama Tommee Tippee (sebab ada diskaun aku beli, tapi dah lupa harga), dalam satu kotak ada 3 botol..Buat permulaan ni je botol yang aku beli dulu sebab aku nak bfeed direct je tapi kena selang seli dengan botol jugak la kan, kang payah pulak bila aku dah naik kerja nanti.

2 - Nail Clipper, beli yang simple je, hehe.

3 - Napkin (aku sendiri tak tau untuk apa, bedung mungkin..) Tapi bila dah ada baby nanti, banyak je fungsi napkin ni..

4 - Blanket (3 helai) aku beli online dekat www.mybbstore.com. Kaler pink lagi tau pasal excited bila dr cakap baby girl. Tapi aku ada backup blanket untuk boy.

5 - Towel pink baru sehelai, hehe, pink jugak. Tapi akan ditambah dalam 2, 3 helai lagi. Mungkin akan beli mix color lepas ni. Yang kat gambar tu pun aku beli kat www.mybbstore.com.



Mittens dengan booties ni je yang aku beli, tak taulah kot aku nak tambah lagi ke lepas ni, nengoklah. Sebab aku ada mittens dan booties lama (Zara punya), so tinggal basuh semula je. Ni pun dah kira banyak kot aku rasa lagipun baby bukan pakai lama pun mittens dan booties ni, kan??



Ok, ni set bedak & mandian untuk baby. Ni yang mini punye je brand Anakku. Later aku akan beli lagi, mana tau ada orang nak hadiahkan ke, so jimat sikit duit, hehehe...

Ni antara yang dah beli, ada lagi sebenarnya benda-benda yang perlu dibeli. Tau jelah kan lepas 5  tahun, nak membeli semua barang-barang baby..:)

Nanti aku up pasal baju baby ok..

26.3.13

Trimester 3 - 7 bulan

Semalam pergi checkup pregnancy, yeay berat badan akhirnya berjaya cecah ke 60.5 kg..Patutlah bila nak jalan rasa berat dan mengah je..Tapi aku tetap cuba aktifkan diri maklumlah ofis pun kat tingkat 2, takde lif ok, memang kena turun naik tangga jugak..

Check Hb semalam, bacaannya hanyalah 11 saja, kira borderline. Ermm, mungkin ada 2 hari tu aku skip makan ubat, oh no, sangat tak baik yea. Now back to routine makan ubat cam biasa, takmo skip. Lagipun aku dah kat trimester 3 ni, aihhh serammmm..

Lately ni kalau nak diikutkan aku memanglah malas nak berjalan. Kalau boleh nak rehat je la tapi tak elok la gitu kan. Kat rumah masih aktif mengemas lagi tapi kalau penat aku akan take a nap. Diam tak diam eh lagi 2 bulan je ni, hoho. Ikutkan EDD aku adalah pada 14/6/2013..Tapi ikut history sebelum ni biasanya aku akan awal seminggu gitu. Takpe kita nengok jelah nanti bagaimana yea.

Aku macam biasalah nak bersalin kat government hospital je. Walaupun rumah mak aku dekat dan boleh jalan kaki je ke Pantai Hospital tapi aku still pilih gov hospital je. Mak cakap jangan bazir duit lagipun pengalaman lahirkan dua anak sebelum ni alhamdulillah dan layanan ok saja kat gov hospital Tapi tak salah pun kalau nak bersalin kat private kan??? :)

Persediaan untuk kelahiran anak ketiga ni?? Ada la beberapa barang dah dibeli, nanti aku amik gambar dan letak kat blog ni yea. Sebenarnya biasa-biasa je pun takdelah beria sangat, huhu. Kebanyakan barang pun macam kaler selamat, tapi blanket dan tuala aku ada beli kaler pink (excited bila dr kata baby girl, tapi ada backup la incase baby boy kan..hehe)

Aku cuma membayangkan camanalah keadaan kat labour room nanti, huhu. Haraplah semuanya ok!

Update!

Ok fine..Setelah semalam langsung tak boleh bukak internet. Geram ok. Bukanlah semata nak layan fb, blog dsb. Tapi aku nak check email kerja dan check jadual bos pun tak boleh.

Ada masalah dengan kabel eletrik utama kat bangunan tempat kerja aku ni so dengan line internet aku pun terjejas abis. Memang menduga kesabaran betul la. Sebenarnya hari ni pun masih tak ok lagi dan line pun masih problem tapi aku bawak broadband MAXIS. Nasiblah ok.

Susah ohh kalau takde internet ni, nak buat kerja pun tak boleh. Mujurlah esok dan lusa aku cuti, hehe, takdelah tertekan sangat. Kata cuti sekolah kan, haruslah kena cuti untuk anak-anak dan mrhubby jugak. Takde ke mana la, memang nak dok rumah je. Walaupun dah gaji tapi memang taknak ke mana lagipun cuti pendek sangat, seminggu je. Dengan aku yang dah masuk trimester 3 ni, ha memang takde nak ke mana la..

Mrhubby pun cuti tapi kerja dia banyak. Hari ni pun dia bawak budak-budak ke sekolah sebab ada urusan nak diselesaikan. See, sapa kata kerja cikgu ni senang boleh dok rileks time cuti? :)

Eh lega rasanya boleh update kat blog ni tau, legaaa..hehe. Jap-jap lagi aku bw korang yea..

Selamat bercuti sekolah dan berehat & Selamat Bekerja bagi yang kerja cam aku ni, huhu..


22.3.13

Bila adik nak keluar?

Lambat sangat aku update hari ni, huhu. Nak tulis banyak pun malas nengok gambar je la yea;


Zara tanya, "Bila adik nak keluar ibu..?" Aihh gerun tau kalau dok tanya soalan gitu jer. Penat jawab bulan 6 nanti tapi bukannya dia paham pun kan, hehe.

21.3.13

Sarapan mudah - Ala mini roti john

Good luck, good luck untuk mereka-mereka yang bakal mengambil keputusan SPM pada hari ni yea..

Ok pagi ni terasa baik la pulak update blog awal dan nak letak gambar banyak. Ok, cuma nak share satu resipi yang simple sangat untuk breakfast dan boleh juga dibawa bekal. Mak aku yang ajar tapi yang benarnya dia pun nengok dari tv..

Meh nengok ni..Gigih tau aku amik gambar pagi-pagi, huhu;

 Bahan-bahannya..- Tuna Cili (Tin hijau), Telur dan Roti Sosej

 Masukkan telur dalam tuna cili tu dan kacau kan ia

 Roti Sosej dibelah dua

 Lepas tu letakkan telur & tuna yang digaul tadi dan letak atas roti

 Panaskan sedikit minyak dalam pan dan letak roti sosej tersebut macam gambar kat atas ni


 Finally ia akan jadi macam kat atas ni..

Lepas tu roti tu boleh la dibelah dua (bagi kecik sikit), senang kata macam mini roti john la.. Kalau takmo guna tuna cili ni pun tak kisah, boleh guna tuna lain ikut kesesuaian la..Sardin pun ok jer. Nak bagi cantik boleh je letak hirisan lada ke, hirisan daun sup @ bawang (campur sekali masa nak gaul dengan tuna dan telur). Tapi aku malas, ni pun dah kira ok je untuk aku buat alas perut.

Selamat mencuba yea!!




20.3.13

Romantika - Boleh ke nak cakap jiwang?

Korang nengok tak rancangan Romantika kat Astro Ria setiap Selasa jam 9 malam? Ok gak rancangan tu. Kadang aku terlupa gak nak nengok sebab sibuk nak nengok drama Cinta Qaseh kat TV3.

Romantika merupakan sebuah rancangan berkonsepkan drama realiti yang menyingkap kisah pasangan selebriti ternama di Malaysia. Rancangan ini memaparkan pengalaman mereka menguruskan rumah tangga dan kehidupan realiti yang dilalui di sebalik lensa kamera dan kehidupan glamor sebagai selebriti terkenal. Sepanjang 13 episod, Romantika yang berdurasi selama 30 minit akan membawa penonton lebih rapat dengan kehidupan sebenar pasangan selebriti yang mereka minati.

Nak tau lebih lanjut pasal rancangan ni, boleh rujuk ke sini - ROMANTIKA

Kadang boleh gelak nengok gelagat selebriti dengan pasangan masing-masing, mrhubby kadang layan gak dengan aku nengok rancangan ni -- terpaksa der..

Ada satu part dalam rancangan ni, pasangan kena bagi ucapan romantik sesama mereka. Wah, bila nengok part tu terus aku rasa alamak, kalaulah aku ada kat tempat diaorang boleh ke aku nak cakap jiwang-jiwang gitu???

Bila aku tanya mrhubby, "Bang..awak rasa boleh ke saya nak cakap jiwang ngan romantik cam tu?? Agak-agak kalau saya cakap cam tu awak gelak tak?"

Terus mrhubby jawab, "Kalau awak cakap romantik kat saya cam tu confirm saya dah gelak tergolek-golek masuk bawah meja..."

Teruk kaaaannnn...Tapi terus terang aku cakap kat korang, memang aku tak romantik tau, MEMANG TAK. Entah ek, tapi memang aku tak reti la. Aku care la, sayang tapi tak tau camana nak cakap ek..Jiwang-jiwang dalam bahasa melayu tak reti, dalam english ok kot, hehe.

Mrhubby romantik la kot, tapi bila dah layan dengan perangai aku ni lama-lama dia pun cam biasa-biasa je. So aku pun ok jelah. :)

Romantik ke tak romantik ke yang penting kitaorang sama-sama dapat terima kelebihan dan kekurangan yang ada, kan sayang? :)







Pasar malam | Cuaca panas

Yeayyy Rabu..Bestnya, bestnyaaa...

Apa yang bestnya Rabu ni? Takdelah best apa, kecuali ada pasar malam je hari ni, huhu. Sebenarnya aku sendiri pun dah boring nak g pasar malam. Dapur tak siap lagiiiii...Tinggal piping sinki je ni, aduhh stress!! Katanya nak datang hari Khamis atau Jumaat, silalah cepat ok, aku dah penat ulang alik masuk bilik air nak basuh segala barang.

Nak masak berat-berat memang tak la..Almost 2 weeks kot dapur tak berasap sangat, so semalam aku dah cakap ngan cina tu tolong siapkan piping tu minggu ni jugak, dan jangan la sampai minggu depan. Dah tak boleh tahan dah ni..

 Ok back to pasar malam. Dah tak tau nak makan apa kat pasar malam, sekilas nengok je dah tau semua rasa makanan kat situ, haha. Mungkin aku nak mrhubby belikan buah mangga je, tu lagi sedap. Cuaca panas-panas ni tak berapa selera sangat la nak makan.

Ok cakap pasal cuaca  panas ni, memang panas kan kebelakangan ni..Fuhhh, tak tahan ko...Bawak bekal air masak sebotol pun tak cukup tau. Aircond kat rumah dengan kipas semua rasa dah full bukak tapi cam takde rasa je. Macam nak dok berendam dalam air je.

Bagusnya cuaca panas ni kain yang bersidai semua cepat kering tapi tulah bila cuaca terik gini pun tak elok untuk kesihatan. Zara dah lah selsema la ni kena batuk pulak, so far dia ok la masih boleh g sekolah lagi. So dengan cuaca macam ni better kurangkan aktiviti luar dan banyakkan minum air masak yea..

Dah g buat kerja, nanti kalau aku rajin aku bw korang yea..:)


19.3.13

Boleh je laa...

Tadi;

Aku : Zarif boleh tak nak jawab ujian Arab nanti?

Zarif : Kita rasa boleh la kalau kita berdoa banyak-banyak nanti..

Zarif la Zarif...Kalau tanya dia apa-apa soalan pun memang sokmo semua jawapannya boleh sesaja. Takde masalah langsung.

Kalau aku dulu mau dah gelabah dok ralit bukak kitab Arab banyak kali, ni dia takde hal pun. Malam pun takde nya kisah nak bukak buku Arab, dalam kereta pun rileks je, hehe.

Ke memang budak lelaki macam ni ek..Rileks la setakat ujian je pun, jawab je lah. Kalau salah, salah la..Kalau budak pompuan memang gelabah semacam, kalau ujian lagaknya macam nak peksa SPM je, haha...

Oklah Zarif, ibu memang bangga dengan high level confident Zarif tu..Kata orang redah jelah kan..Mudah-mudahan Tuhan permudahkan jua ~

Drama Karlos

Nengok tak? Nengok tak??

Memula aku dengar tajuk Karlos ni ingat macam drama Spy M je so tak teruja nak nengok sangat. Sekali bila nengok pelakon-pelakon yang hebat rasa cam syiok je nak nengok.

Malam tadi dah episod ketiga. Ada Johan Asaari mestilah aku nengok kan...Oh lagi aku geram yang jadik ayah yang jahat si Namron tu, huhu emosi lebih kot aku. So pada yang belum nengok lagi jangan lupa setiap hari Isnin jam 9 malam.

Drama ni takde jiwang-jiwang sangat so mrhubby pun bolehlah layan..Cer kalau aku suh nengok Cinta Qaseh malam ni, confirm dia takmau, hahaha...




18.3.13

Cuti Sekolah | Mom & Baby Expo @ Danga City Mall JB

Opss lambat pulak update blog, kata Monday Blues kan, huhu. Ngantuk sangat pagi ni ntah apa-apa la..Tapi tadi dah lelap sikit oklah, terbangun tiba-tiba sebab nampak bos so terus mata ni segar semacam!

Minggu depan dah cuti sekolah ek, hmmm bestnya. Cuti sekolah di kala gaji lagi la bestt, hehe. Mrhubby tanya nak ke mana, hmm aku tak taulah sebab cuti pun seminggu lepas tu perut ni dah macam berat dan makin malas je nak bergerak.

Ingat nak pergi tempat yang santai dan bawak budak-budak mandi manda je..Tapi tengah survey lagi la ni, kalau nak pergi pun nak pergi tempat yang dekat-dekat je malas nak jalan jauh-jauh, huhu. Ditambah lagi aku nak kena amik cuti kan..

Tapi kalau yang ni mungkin macam excited nak pergi, hehe..Boleh tak mrhubby?


Kalau ikutkan aku memang la malas nak bersesak ke apa kan..Tapi tak pernah ada pengalaman pergi Mom & Baby Expo ni..Mungkin kalau pergi nak nengok-nengok je. Nengoklah camana nanti. Kejap aku nengok tarikh 22-24 Mac, jap lagi aku nengok 23-25..Tak taulah yang mana satu..

Ni aku tulis je nak pergi, entah pergi ke tak kan, hehe..So korang yang ada berhampiran tu jangan la lupa ke Mom & Baby Expo kat Danga City Mall Johor Bahru ni.

Ko nengok bila perut aku dah makin besar ni lagi la aku malas nak jalan tau, sebab tu la aku kena buat persiapan beli barang baby di awal-awal kandungan..Bila dah besar ni jalan lama sikit start la aku nak pitam la apa laa..(Semalam nyaris aku nak pitam, berdiri lama sangat, maklumlah tekanan darah rendah kan..)


15.3.13

10 tahun baru boleh rotan

Amboi..amboi kemalasan tahap gaban ni nak update blog. Sekarang nak dok Instagram je, hehehe. Lebih cepat dan lebih mudah kononnya. Tapi tak update tak bermakna aku tak baca entry korang. Baca je cuma tak tinggal jejak konon-konon silent reader la ~

Sekejap je dah hari Jumaat kan..Esok dah hari Sabtu, yahoo boleh dok rileks kat rumah sambil kemas-kemas.

Mrhubby dan Zarif pergi sekolah elok-elok ye esok, hehe. Kan sepatutnya ganti sekolah last week tapi ditunda ke hari esok kan? Anak korang pun sekolah ganti kan esok?

Tak tau nak cerita apa sangat, cuma nak bagitau kisah beberapa hari lepas. Aku suruh Zarif solat Asar sebelum dia nak main bola. Aku cakap kat dia cam gini;

Aku : Sebelum nak main bola tu pergi solat dulu eh..

Zarif : Ok

Aku : Kalau tak solat dosa tau, boleh kena rotan..

Zarif : Tapi cikgu kita kata, umur 10 tahun kalau tak cukup solat baru boleh rotan...

Aku : ??? ----- lepas tu bagilah tazkirah ringkas kat dia.

Korang nengok budak sekarang ni, menjawab je kerjanya. Memang kena sabar banyak la nak nasihatkan budak laki sorang ni. Dahlah hari-hari nak kena ingatkan benda yang sama, boleh dikatakan setiap masa laa..Penat memang penat tapi dah tanggungjawab ibu bapa kan...

Selamat Hari Jumaat ~




13.3.13

Daddy's girl

Tahniah diucapkan buat kawan aku yang selamat melahirkan anak keempatnya semalam. Yang paling best diaorang dapat anak perempuan, yeah finally!!

Pastinya kegembiraan tu lebih sikit la kan..Mesti kawan aku tu happy kan maklumlah dah 3 boy dan bila dapat girl ni mesti teruja lain macam, hehe

Macam aku dah ada sepasang ni biasa-biasa je la, takde hal pun dapat boy ke girl ke :)

Tapi masa bersalinkan Zara dulu memang tak tau pun jantina dia. Kira surprise la. Bila aku  selamat je lahirkan, doktor tanya "tau tak baby apa ni?" Aku cakaplah tak tau..Dia cuma cakap, "Tahniah, baby girl ni.."

Wahh keterujaan tu tak terkata la, impian nak sepasang anak tercapai..Dapat baby girl ni bukan apa, excited time beli aksesori dan pakaian dia jelah. Maklumlah kalau kita pegi kedai ataupun shopping complex, baju-baju baby girl ni memang mengujakan dan boleh buat kita rabak poket, hehe.

Sampai Zarif pun pernah tegur aku, "Ibu ni asik-asik baju adik je tau..." ---- Wah dah mula terasa tau, tapi takdelah aku nak anaktirikan dia, cuma geram nengok baju girl jer. Yelah kalau baju boy ni kan asik-asik sama je gayanya. Tambah lagi dengan Zarif punya big size so agak payah sikit la..Tapi aku tetap belikan dia baju dan apa yang dia nak..Takde pilih kasih yea, sama je semuanya.

Ok back to topic, sememangnya anak perempuan ni akan jadi Daddy's girl. Sama la cam Zara, bukannya mrhubby tak pernah marah dia. Kena je marah kalau buat salah tapi lebih lembut dan sopan gitu..Nak-nak lagi Zara ni sangatlah 'fragile'. Kena marah jer memang terus buat muka, macam tak boleh ditegur langsung. Nak pujuk adoiiii macam kena masuk bilik kaunseling lagaknya..Aku yang stress, so nak mudah suruh jelah mrhubby yang lembut tu pujuk dia dengan lemah gemalai sampai lah dia ok, hehe.

Anak perempuan korang Daddy's girl tak? Manja tak? Mengada ke? Hehehe..

 Pesanan keramat adik setiap pagi;
"Abah jangan lupa amik adik pukul 4.30 tau.."
Tak pernah tertinggal pun pesanan ni sejak mula hari pertama sekolah..




12.3.13

Imbasan 2009

Selongkar blog lama dan terjumpa gambar ni...

Kalau tak silap ni masa raya tahun 2009 kat Kandang Melaka. Yup nama kampung ni Kandang Melaka ok. Tempat ayah aku dilahirkan.

Masa ni umur Zara dalam setahun lebih dan Zarif 4 tahun lebih. Wahh, time flies yaaa..

Tema kitaorang kuning tapi aku je out of color, konon ada tone la, hehe.

Antara gambar yang paling aku suka...:)



Losyen & Varicose Veins

Terima kasih PM sebab bagi kenaikan gaji sekali lagi untuk tahun ni..:) Bulan Januari hari tu aku dah naik gaji, so tunggu la bulan Julai nanti eh, hehe..

Pagi ni ada perhimpunan kecergasan kat padang. Aku suka sangat aerobik, ikutkan hati memang nak join sangat. Yelah, tak semestinya pregnant tak boleh join kan. Tapi disebabkan sekarang ni aku rasa penat nak berdiri lama-lama ditambah dengan masalah varicose veins kat kaki ni buat aku rasa takpelah..Lepas due nanti kita aerobik puas-puas ok.

Sakit jiwa pulak nengok varicose veins (urat-urat timbul) kat kaki ni. Takdelah terlalu sakit sangat tapi kalau tersentuh urat timbul tu rasa geli semacam. So tak boleh pressure diri buat kerja terlalu lasak dan perlu rehat lebih.

Kat ofis pun aku letak kotak bawah meja supaya kaki terangkat bagi memudahkan proses aliran darah. Masa nak tido pun macam tu jugak kena letak kaki kat bantal bagi terangkat sikit.

Semalam beli losyen Mustajab - Rose Scent. Malam tadi dan pagi ni sapu kat bahagian urat timbul tu rasa lega sikit. Rasa berangin sesedap je..Aku bawak pegi ofis, senang kalau rasa lenguh dan sakit-sakit boleh sapu je dengan losyen ni. 

Ingat nanti nak cari stokin khas untuk rawatan varicose veins ni la..Yelah kan, kalau boleh aku takmo la urat-urat timbul ni berkekalan lepas bersalin nanti sebab rupanya memang tak molek langsung, huhu..
 

11.3.13

Kek & Muffin - Tq semua

Wah 3 hari tak bukak blog langsung..Terima kasih atas segala ucapan sempena hari lahir aku Jumaat lepas baik di blog mahupun di facebook dan juga sms..:)

Jumaat tu aku memang cuti tapi bukanlah semata nak sambut hari lahir tapi ada hal lain. Kebetulan je jatuh pada hari lahir aku, lagipun nak celebrate dengan sapa jelah kan, pagi-pagi semua orang pun kerja dan pergi sekolah.

Petang tu baru makan sama-sama dengan mrhubby dan anak-anak. 

Esoknya hari Sabtu barulah mrhubby belikan kek (aku tak mintak eh) dan makan sama-sama dekat rumah mak abah.

 Memang saja mrhubby pilih 2 jenis kek berlainan sebab adik aku tak makan kek coklat
Tq sayang!


Mummy's homemade - Banana Chocolate Chip Muffin
Serius ni la favourite aku..tq mak!


8.3.13

34 & Hari Wanita...

Alhamdulillah dan terima kasih Tuhan masih diberi peluang bernafas di hari Jumaat yang mulia..Aku 34 hari ni, hehe. Ohh lagi 6 tahun jejak 40 in sha allah kalau panjang umur.

Moga terus diberi kesihatan yang baik, kesejahteraan dalam hidup, perbaiki diri ke arah yang lebih baik dan moga selamat dunia akhirat dan selamat jua melahirkan anak dalam perut ni nanti...

Selamat Hari Wanita juga untuk semua yea (8 Mac adalah Hari Wanita).

Tq mak for the precious gift!!!!! Suka sangat.




7.3.13

Tolong...

Tertarik dengan apa yang kawan share dalam fb ni..Betul la tu, kalau nak mintak tolong dengan suami baik terus terang je sebab suami ni kadang takde masa nak fikir bahasa kiasan-kiasan ni.

Tapi kalau dengan mrhubby, aku memang kena sebut perkataan, "TOLONG.." Yelah nama pun suami kan, dah nak mintak tolong dia buat kerja so kenalah ada perkataan TOLONG tu, nampak la sopan dan hormat sikit.

"Abang, tolong angkatkan baju.."
"Abang, tolong tumbukkan bahan ni.."
"Abang, tolong angkat Zara masuk dalam bilik..."
"Abang, tolong belikan breakfast.."

Mostly aku cuba ingatkan diri sebut perkataan TOLONG kecuali la kalau aku terlupa..:) Lain orang lain caranya kan. So far mrhubby ok saja, tapi bergantung pada mood jugak yea..Kalau agak-agak dia macam moody ke apa ke, pandai-pandailah nak mengayat ke manja-manja dulu dengan mrhubby confirm lepas tu dia lembut hati, hahaha...

Macam-macam hal - Mentalkah?

Ni semua pasal berita semalam;

Kes 1
Kisah penyanyi yang direman sebab dituduh bunuh suami. Pelik je sebab si suami nak jumpa anak tapi tak dibenarkan dan berlaku pergelutan dan kekasaran. Akhirnya suami ditemui terikat kaki dan tangan di bilik tidur dan hasil bedah siasat mengatakan mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung sebab berlaku pergelutan dan kekasaran.

Ermm, mungkin kita tak tau kisah sebenarnya..Tapi apa salahnya nak jumpa anak sendiri walaupun pasangan tu dalam tempoh bercerai..Kan dah tak pasal-pasal kena reman, kalau betul dihukum bunuh lagi laa berat, haihhh......



Kes 2
Bila Pengarah Hospital ditetak oleh staf sendiri sebab staf tu tak puas hati bila diarahkan tukar ke unit yang lain. Tu pun pelik jugak. Bila dah tak puas hati boleh pulak amik parang pastu sesuka hati nak tetak pengarah hospital. Waaaa..dengar berita dia dahpun menyerah diri kat balai polis.

Sekali lagi kita tak tau situasi sebenar tapi cubalah dalam melalui apa saja situasi kita jangan buat perkara yang tak sepatutnya. Benda yang patutnya mudah kan dah jadi susah, lagi la bila dah jadi kes polis dan kerjaya pun boleh terjejas.

SEBAIKNYA JANGAN BIAR DIRI DIKAWAL EMOSI. BELAJAR BERSABAR DAN INGAT TUHAN SENTIASA. PERINGATAN INI PUN UNTUK DIRI SENDIRI JUGAK.


Dah ketat



Kalau nak diikutkan aku rasa kaki aku normal je, belum lagi bengkak dan mengembang, tapi tak taulah pada pandangan korang. Fokusnya di sini bukan pada kakiku semata tapi nak bagitau je yang aku sekarang dok sedap je pakai flipper tu. Tu jelah selipar yang selesa di kakiku.

Ada je kasut Scholl dan ntah kasut apa lagi tapi semua pun dah rasa ketat semacam je. Nak taknak selipar ni jelah yang aku dok usung sana sini. Sedap dan selesa ohhh..Macam selekeh pun ye gak kan tapi aku ada je spare kasut kat ofis ni, buat backup..

Tak lama lagi tu confirm kaki turut mengembang dengan hebat, hehe.

6.3.13

Resipi Nasi goreng simple

Ok tetiba baik hati nak share resipi nasi goreng simple yang biasa aku buat..Lain orang lain caranya kan. Tapi ni lah resipi yang aku asik buat time mengandung ni, entah kenapa tapi aku rasa sedap je (perasan ok).

Bahan-bahan;

2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 lada merah (kalau nak separuh pun ok)
5 @ 6 cili api (kaler hijau)
ikan bilis sedikit
Garam secukup rasa 
Telur 2 biji
Nasi putih


Cara-caranya;

Tumbuk semua bahan kat atas (kecuali garam, telur dan nasi yea). Lepas tu panaskan kuali dan tumis semua bahan-bahan tu (aku suka sampai garing sikit tapi ikut suka hati korang la kan). Masukkan garam (agak-agak ikutlah banyak nasi yang korang nak goreng tu yea). Kalau terkurang garam tak best la kan nanti rasa tawar pulak. Terlebih pun tak elok jugak, so agak-agak yea...

Korang terus je kacau-kacau nasi dalam kuali tu seadanya. Aku suka goreng lama sikit. Ok tengah goreng tu, masukkan telur (aku letak 2 biji) dan teruslah goreng nasi yang bercampur telur tu. Dan teruslah menggoreng sampai korang rasa puas hati.

Kalau nak best lagi, letak la sayur kacang buncis (make sure dihiris halus dulu yea). Barulah seimbang ada sayur dalam nasi..:) 

Ok ni memang versi simple dari aku. Sebab aku tak minat nak makan nasi goreng yang meriah-meriah dan ada macam-macam isi dalam nasi, yang penting simple dan kenyang.

Mrhubby tanya, "Buat nasi goreng campak-campak ni lagi ke?" Aku angguk..Sorry la sayang, i mengidam ok, seminggu sekali i memang kena buat nasi goreng ni, baby nak makan, hahaha...

Gambar? La...dah banyak kali aku letak gambar nasi goreng ni kot..Nak nengok jugak ke? Ok...


Ni bekal pagi ni - takde kacang buncis, ikan bilis goreng pun takde so aku gantikan dengan drummet Ayamas je, janji kenyang ok..
 















5.3.13

Majlis kahwin di Johor Bahru

Ok takmo cerita pasal Lahad Datu pagi ni apatah lagi petang semalam sedih dan sayu hati bila nengok jenazah perwira kita dibawa balik ke Malaysia disambut oleh ahli keluarga...Moga roh mereka semua ditempatkan di kalangan orang yang beriman, AMIN.

Ahad lepas aku pergi jemputan kahwin sepupu yang berlangsung di Kg Melayu JB. Majlis buat kat dewan berhampiran dengan rumah pakcik aku.

 Ini gambar pengantin yang aku ada - sepupu aku yang perempuan tu

3 beradik perempuan - aku dan adik baju biru tu mengandung sama bulan ok

See kegemukan aku..- dengan mak tersayang -

Yeehaaa...:)

Yea itulah gambar terkini aku yang mengandung 27 minggu..Gemuk ke tak gemuk? Berat baru naik 4 kg ni, so hari-hari aku makan nasi dan roti. Nak masuk trimester 3. Suppose setiap minggu kena gain weight at least 0.5 kg..Tak pasti boleh buat ke tidak, sebab bila malam je memang aku takmo makan.

Ok, now nak breakfast roti butterscotch letak butter, yum yum...








4.3.13

Cepatlah selesaikan krisis

Tak tau nak mulakan hari Isnin ni macamana..Belum mula tugas lagi mata aku dah layu sangat ni, heii Monday Blues ke?? Silalah bertahan mata...

First of all, aku nak ucapkan takziah sekali lagi kepada anggota keselamatan kita @ perwira-perwira kita yang telah gugur semasa bertugas (terkini 6 orang telah meninggal dunia tak termasuk 2 yang meninggal Jumaat lepas). Ya Allah selamatkan lah mereka-mereka yang sedang bertugas di sana. Kalau ikutkan emosi ni memang la nak cakap, "Bila tentera ni nak serang musuh kita tu? Bila? Bila? Kan ke dah dapat mandat dari PM..?" ---- ni bila emosi la.

Tapi aku faham mungkin tak semudah tu nak melaksanakan dan harapnya biarlah apa yang sedang berlaku sekarang ni dapat diselesaikan dengan izin Tuhan jua. Nak komen lebih-lebih pun tak berani sebab aku pun baca dan dapat maklumat dari media yang ada. Hakikatnya kita sendiri tak berada di Sabah sekarang, moga semuanya baik-baik belaka.

Nak update lebih-lebih pun macam malas, serius aku mengantuk sangat ni, so aku bagi gambar terkini penyokong tegar JDT;

  Luaskan kuasamu...:)

Selamat memulakan tugas untuk semua!

2.3.13

Takziah

Sana sini orang bercerita tentang kejadian di Lahad Datu dan pastinya aku tak terkecuali mengikuti kisah tersebut. Pertamanya takziah diucapkan kepada keluarga pejuang negara yang telah terkorban semasa bertugas di sana. Moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan yang beriman. Al-Fatihah ~

Sedih dengan apa yang berlaku tapi sebagai rakyat Malaysia aku harap segala-galanya akan dipermudahkan dan diselesaikan dengan baik. Kita kena percaya dengan kemampuan pihak keselamatan yang menjaga keamanan negara.  

Ke mana korang weekend ni? Aku akan ke JB lepas zohor nanti sebab ada majlis kawin sepupu. So pagi ni kena kemas rumah, basuh dan lipat kain cepat-cepat..:) Aku akan stay JB sampai esok petang. 

Moga korang akan ceria dan happy selalu yea...Have a nice day!!!!






1.3.13

Majlis Maulidur Rasul SAW

Alhamdulillah masih bernafas pada hari ini. Malam tadi agak susah nak tido mungkin sebab panas jadik asik terbangun-bangun.

Hari ni ada sambutan Maulidur Rasul peringkat Universiti. Semua kawan-kawan berarak dan lagi best masing-masing pakai baju yang serupa, oh yea tema kitaorang kaler hijau...Jelesss tau. Tahun lepas aku berarak jugak tapi tahun ni tak dapat sebab keadaan diri ni kan, hehe.

Selepas habis perarakan akan diadakan majlis bacaan Al-Quran, berzanji dan persembahan nasyid diikuti selepas tu adalah ceramah Maulidur Rasul SAW oleh Y.Bhg.Prof. Dato' Dr. Sidek b. Baba - Profesor Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa.

Mudah-mudahan akan dapat sesuatu dari majlis yang bermakna ni. 

Nanti-nanti kita sambung lagi yea ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...